Ads Top

Kereta Perodua Bezza 1.3 automotik untuk di sewa di Melaka


Kereta Sewa Murah Melaka
Sewa Kereta Murah Melaka

Kami menyediakan perkhidmatan menyewa kereta Perodua BEZZA 1.3 Automatik untuk seluruh negeri Melaka. Hubungi kami bila-bila masa, dimana-mana jua di talian 017- 3169879 untuk sebarang tempahan. Sesuai untuk semua Pelajar IPT, Pekerja, Pelancong. Tak kira apa jua keperluan anda (melainkan ianya menyalahi undang-undang dan juga hukum syarak), hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Kadar sewaan:

Tempoh Kadar Sewa Deposit
1 Hari  RM130.00 RM30.00
3 Hari  RM390.00 RM30.00
1 Minggu RM840.00 RM30.00
2 Minggu RM1,300.00 RM100.00
3 Minggu RM1,700.00 RM100.00
1 Bulan RM2,000.00 RM100.00

Hubungi kami melalui whatsapp atau telefon di 017-3169879 atau 017-9527363 untuk membuat tempahan.

Dokumen berikut diperlukan semasa mengambil kenderaan

Semasa mengambil Kenderaan​

  1. Mengemukakan salinan lesen memandu pemandu dan kad pengenalan dan bil utiliti terkini seperti bil Astro, TNB atau bil air
  2. Menyemak dan menandatangani perjanjian sewa anda
  3. Memeriksa kereta untuk apa-apa kerosakan yang sedia ada dan menandatangani untuk mengesahkannya
  4. Mengemukakan bayaran sewa (bayaran penuh secara tunai) dan * Deposit keselamatan (RM100 minimum secara tunai)
  5. * Deposit keselamatan akan dikembalikan apabila kembali kereta dengan keadaan yang sama dan tanpa apa-apa saman atau kemalangan

​Bayaran deposit boleh di buat di

154138087492 (Maybank) Muhammad Amir Fuad
7605399833 (cimb) Muhammad Amir Fuad

MAF Rental Service
8881022170783(Ambank)

Note:

  1. Tulis nama kenderaan pada details, contoh (axia 1/1/2017) jika menggunakan online transfer .
  2. Snap gambar resit sebagai bukti pembayaran.
  3. Deposit hendaklah dibayar 24 jam selepas tarikh booking di buat. Sekiranya gagal, pelanggan dianggap tidak menempah kenderaan tersebut.
  4. Duit booking tidak akan diserah kan jika tempahan dibatalkan oleh pelanggan.
  5. Bayaran baki (selepas bayaran deposit) hendaklah dibayar semasa kereta diambil.

Semasa Kembalikan Kenderaan

  1. Sila cuba untuk kembali kenderaan yang disewa pada masa dan tarikh yang dipersetujui, apa-apa kelewatan memulangkan kereta, caj tambahan akan berlaku
  2. Jika anda ingin kembalikan kenderaan itu di tempat lain, sila beritahu kami apabila dengan segera

Tempat mengambil / Memulangkan Kenderaan

Lokasi utama: Melaka Sentral

Lain Lokasi: MITC, Melaka

Perodua Bezza 1.3 Automatik Sepintas lalu

Perodua Bezza di kuasakan enjin 1.3 liter (K3-VE, 90 hp, 117 Nm) mampu memberikan kuasa sehingga 94 hp pada 6,000 rpm dan tork 121 Nm pada 4,000 rpm. Enjin berkapasiti 1,329 cc ini dibuat di Sendayan, Negeri Sembilan, bagi penggunaan domestik.

Enjin NR didatangkan dengan Dual VVT-i, salutan teflon untuk omboh (bagi mengurangkan geseran dan menambah baik ketahanan), water jackets yang lebih besar (bagi penyejukan yang lebih bagus, mempertingkatkan pembakaran, mengurangkan bunyi bising), lengan jumpelang (roller rocker arm) (mengurangkan geseran antara lengan jumpelang dan aci sesondol) dan palam pencucuh iridium.

Penggunaan bahan api sedan 1.3L ini adalah sekitar 21.7 km/l bagi MT dan 22.0 km/l untuk AT empat-kelajuan. Varian AT lebih jimat kerana ia turut didatangkan dengan Eco Idle (sistem henti melahu), kereta pertama keluaran Malaysia yang menampilkan auto start-stop. Bezza boleh menyertai Mazda 2 bagi kereta di bawah RM100k yang menampilkan ciri ini, yang sebelum ini hanya pada model hibrid dan premium Continental. Dengan adanya ciri ini juga, Perodua mendakwa ia akan memberikan lebih kilometer dari setiap liter petrol.

Bezza 1.3X telah menjalani ujian pelanggaran dan menerima penarafan empat-bintang, markah penuh bagi kereta yang tiada VSC serta turut dilengkapkan dua beg udara, ABS dan cagak Isofix.

Bagi varian 1.3L, dengan padanan Dual VVT-i, kotak gear automatiknya lebih bersifat responsif dan ketika kenderaan dipacu naik bukit, kuasanya masih dirasai dan kotak gearnya masih mampu bekerja dengan baik. Bagi jalan lurus, untuk mencapai kelajuan 150 km/j sebelum membrek, juga lebih mudah.

Bezza lebih sesuai untuk keluarga dan memiliki ruang but yang lebih luas iaitu berkapasiti 508 liter, dan mampu memuatkan tayar simpanan bersaiz penuh. Tempat duduk belakangnya boleh dibaringkan dengan nisbah 60:40 tetapi tidak secara rata. Bukan itu sahaja, tempat duduk pemandu juga boleh boleh berbuat begitu juga, dalam “Mod Santai”. Walau pun tidak seperti Honda Jazz yang tempat duduk belakangnya boleh dibaringkan secara rata, namun Bezza juga cukup fleksibel bagi ruang dalamanya untuk sebuah sedan.

Sumber review: paultan.org

No comments:

Powered by Blogger.