Terma dan Syarat Sewaan Homestay

Berikut adalah terma dan syarat penginapan di Homestay Kesidang.
  1. Setiap tempahan perlu di bayar deposit sebanyak RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit tidak akan dikira sebagai tempahan tetapi hanya sebagai pertanyaan. 

  2. Segala aktiviti yang ditegah oleh syarak dan juga undang-undang adalah dilarang sama sekali.

  3. Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Homestay Kesidang dan bayaran tambahan akan dikenakan".

  4. Hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay Kesidang.

  5. Binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa masuk ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.

  6. Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa Kesidang Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis homestay Kesidang.

  7. Homestay Kesidang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.

  8. Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj dan sebarang kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

  9. Selalu amalkan dasar jiran yang baik. Tetamu dilarang membuat bising, berparti, menyanyi, menari atau melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.